Warkah Cinta

Kehadapan Yang Dirindui,

Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan rasa rindu di hati, Tiada ubat yang boleh meredakan gelora di jiwa, Tiada malam yang sunyi dari ingatan kekasih, Tiada hari yang berlalu tanpa tangis kerinduan

Namun ku sedar, rindu yang berkunjung adalah kerana kasih mu terlebih dahulu tiba. Kita pasti ke temu jua

Yang benar,

Sang Fakir